Tuesday, November 9, 2010

Saka Baka - Season 1

Part 1

Topik yang akan dikongsikan kali ini ialah topic berkaitan saka. Kebanyakan dari kita mengetahui kisah mengenai saka baka melalui dari pembacaan majalah ataupun dari cerita-cerita seram yang ditayangkan di TV. Tetapi berapa tepatkah cerita2 dan maklumat yang kita perolehi melalui majalah atau TV atau filem?

Betulkah saka itu boleh menjelma seperti hantu hantu dalam filem melayu atau hantu seperti dalam filem Thailand, korea atau jepun. Ataupun sekurang-kurangnya hantu seperti dalam filem omputih?

Betulkah jugak saka itu boleh memudaratkan manusia seperti merasuk dalam filem exorcist, congkak atau tiba2 muncul dengan wajah yang menakutkan seperti filem jangan pandang belakang, nang nak, ju onn dan lain2 filem yang kita pernah tengok?

Ataupun mungkin jugak saka itu boleh menyebabkan manusia itu mengalami sakit yang misteri, atau tiba2 mengalami gangguan halusinasi, atau tiba2 mempunyai kelebihan luar biasa seperti dapat melihat alam hantu puaka atau sekurang2nya dapat kebolehan berubat?

Sebenarnya apakah itu saka, asal usul kejadian saka, pengaruh saka baka ke atas kehidupan kita, pengaruh saka baka ke atas keturunan kita, bagaimana kita memperolehi saka, adakah kita mempunyai saka dan kaedah2 pengubatan saka baka tidak pernah digambarkan dan diceritakan secara tepat oleh mana2 media bercetak mahupun elektronik.

Menyedari kebanyakan dari kita hanya mengetahui hal2 yang berkaitan saka baka melalui media2 yang sudah korup dan penuh dengan idea merapu yang tidak berdasarkan sumber yang sebenar, maka saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu mengenai saka baka yang saya perolehi semasa berguru dengan seorang guru yang bersilsilah dan juga berdasarkan pengalaman secara live bertemu dengan manusia2 yang mempunyai saka.

Ada juga yang bertanya apa relevannya cerita saka dengan kehidupan kita di zaman moden ini. Ada juga yang beranggapan bahawa saka adalah salah satu tahyul dongengan yang dicipta oleh orang2 tua semasa melepak dan minum2 di kedai kopi.

Ada juga yang mengatakan saka sudah pupus ataupun sudah lari jauh ke dalam hutan belantara kerana takutkan manusia yang berperangai lebih dahsyat dari saka itu sendiri. Ada juga yang buat lawak mengatakan saka sudah tidak mengacau manusia lagi kerana kebanyakan saka dah sibuk memenuhi undangan berlakon dalam cerita2 seram yang ditayangkan saban minggu di kaca tv.

Jangan terkejut sekiranya saya mengatakan bahawa kita semua mempunyai saka.

Dan sekali lagi jangan tersentak sekiranya saya mengatakan kesulitan dan kesusahan yang dialami oleh diri kita ataupun keluarga kita kebanyakannya adalah kerana gangguan saka.

Dan jangan pengsan sekiranya saya mengatakan puncak gangguan terhebat saka bukanlah ketika kita masih segar dan sihat, tetapi ketika saat kita menghadapi ujian terberat iaitu ujian sakaratul maut.

Bersambung…..